Monday, February 22, 2010

ANDA KREATIF...fikirkan lah

Anda Kreati seandainya .....
  • Memberi kuasa untuk untuk melakukan sesuatu yang baru
  • Mempunyai jiwa yang merdeka, tidak suka dikonkong / terikut-ikut dan tidak pedulikan kritikan orang lain
  • Tidak dahagakan pengiktirafan, pujian atau ganjaran. Mampu untuk menguji dan mengkritik diri sendiri.
  • Berani membuat keputusan dan bersedia bertanggungjawab atas risiko keputusan sendiri.
  • Tidak suka undian atau akur pada tekanan luar.
  • Bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan adakalanya aku bersikap tidak rasional.
  • Toleran dengan kritikan orang lain.
  • Peribadi yang stabil. Tidak berubah-ubahan terikut dengan tekanan luar.
  • Meminati seni dan berjiwa halus.
  • Berperagai dominan dan asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila ada orang tidak mengikut pemikirannya.
  • Jiwa lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.
  • Mudah menerima hakikat kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri, mudah mengaku apabila membuat kesalahan.
  • Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan “ tidak ” dan akan terus berusaha.
  • Berani dan suka perkara baru yang lebih tinggi risikonya.
  • Berjiwa radikal, berani mencabar perkara pokok, ( Tidak takut berenang menongkah arus )
  • Dapat mengawal diri sendiri.
  • Lebih Introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.
  • Keras keinginan dan komited dengan pengorbanan
  • Komited mencari apa yang dikehendaki.
  • Melihat apa yang semua orang boleh nampak, dan memikir apa yang belum orang fikir.
  • Tidak gelisah.
  • Rela menerima hidup dan berasaha
  • Tekun dan komitmen
  • Organisasi yang mantap? Menurut Tom Peter dua ciri seolah-olah bertentangan:
    o Ada kegiatan rutin yang mantap
    o Ada usaha kuat untuk cipta perubahan

No comments:

Post a Comment