28 Julai , 1.45 petang.. perjumpaan guru-guru tahun 6. dbriefing peperiksaan setengah tahun. Masalah yang hampir sama.. persoalan yang jawapannye memang sudah dijangka. penguasaan pelajar dalam Keramat 3M ( membaca, mengira dan menulis ) akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.. itu hakikatnya. begitu juga kemampuan pelajar menguasai bacaan al-quran akan dapat diukur dengan kemampuan mereka menghafal modul PAFA. Pencapaian kali ini sedikit membimbangkan seluruh warga sekolah..usaha meletakkan pencapaian sekurang-kurang 84% pencapaian sekolah hanya ...entahlah.
Kali ini, dengan strategi dan tekad yang bersungguh2 dari kalangan guru tahun 6 dan seluruh warga pendidik SKTA bergabung idea, tenaga memastikan pencapaian dapat dicapai.. sekurang-kurang kami tidak mengalah dengan tekanan yang bakal dihadapi.. cuma lagi kami meminta persefahaman dan doa dari ibu bapa warga komuniti agar mendoakan kami berusaha sehingga titisan kudrat yang terakhir..
Kepimpinan bukanlah merupakan satu subjek yang baru ataupun bersifat eksekutif kepada organisasi tertentu. Semenjak manusia mewujudkan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat atau menjayakan sesuatu impian atau tugasan maka di situ akan muncul pemimpin dan pengikut.
Ramai orang yang mengkagumi pemimpin yang berjaya membawa perubahan dan membela nasib pengikutnya. Pemimpin-pemimpin ini Berjaya member inspirasi kepada pengikut menjadi yang terbaik. Mereka dikagumi kerana keberkesanan mereka mencapai matlamat yang diingini. Pemimpin-pemimpin ini akan menjadi idola kepada pengikutnya. Namun demikian ada juga pemimpin yang dibenci pengikutnya.
Apakah yang terpancar dari fikiran kita bila menyebut perkataan pemimpin atau kepimpinan? Pemimpin tentera berkuasa? Pemimpin sekolah mengharapkan pencapaian gred terbaik? Pemimpin koperat yang menerajui empayarnya? Pemimpin keluarga yang bagaimana hendaknya?Atau pemimpin Kelab guru yang bagaimana? Apa yang jelasnya mereka adalah pemimpin yang perlu melaksanakan fungsi kepimpinanya.
Pemimpin adalah merujuk kepada individu, manakala kepimpinan adalah proses bagaimana pemimpin membawa misi, visi dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Ianya proses yang penuh misteri. Mengapa pemimpin seperti Rasullallah s.a.w boleh menginspirasikan ketaatan dan dedikasi yang tidak terhingga dari umatnya. Bagaiman seperti Julius Caesar, Charlemagne, Alexander The Great dapat membina empayar? Dan mengapa pemimpin seperti Shah Iran, Winston Churhil, Suharto ,Thaksin digulingkan, dan bagaimana Hitler dan Moa Tze Dong muncul dan menduduki tempat yang sangat berkuasa?
Kita sebagai insan biasa adakalanya perlu berfikiran besar, jangan berkepala besar dan besar kepala apabila kita membincangkan isu-isu mengenai kepimpinan dan pemimpin. Kita sebenarnya punyai hak untuk mengetahui, mengamati dan mengadaptasi konsep kepimpinan dalam rutin kehidupan kita.
Kepada pemimpin yang baru dilantik menerajui Kelab Guru dan kakitangan SKTA sesi 2010/2012… tahniah diucapkan.. sambil kita menyelam kita minum air.. sambil kita menduduki terajui kepimpinan kita baca, semak, bincang perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada organisasi kita.. besar harapan.. besar juga impian.
Kamus mengatakan hasrat ( zeal) adalah ‘usaha keras atau kerajinan antusiastik’. Hasrat adalah satu keinginan membara. Hasrat adalah cinta dalam tindakan.
Kata pujangga” Sedikit kegembiraan akan dirasakan sebagai kebahagiaan oleh orang yang dipenuhi hasrat kerja. Tidak ada suatu pun yang menghalang suatu hasrat membara untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup”
Orang yang Berjaya mempunyai program ; ia menentukan jalan dan setia mengikut jalan itu; ia membuat rancangan dan memenuhinya; ia menujun sasarannya tanpa menyeleweng. Ia tahu ke mana ia hendak pergi dan ia juga tahu bahawa ia akan sampai ke tempat tujunya itu. Ia mencintai segala perkara yang dilakukan dan ia mencintai perjalanan yang harus ditempohnya. Dirinya diselimuti antusiasma dan dipenuhi oleh semangat. Inilah orang yang Berjaya. Semangat Satu Komuniti Teras Aspirasi
1.15 tgh. KMK sesi pertama selepas cuti sekolah selama 2 minggu. 2 isu yang diketengahkan oleh pihak pentadbir, (1) berkenaan perjumpaan ibu bapa bagi menandatangani rekod profile murid setelah peperiksaan setengah tahun , (2) mengenai cadangan mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan bagi perlantikan AJK sesi 2010.
Dalam ruangan yang terhad dan terbatas ini, saya tertarik dengan perbincangan isu yang pertama iaitu mengenai cadangan tarikh dan masa yang sesuai untuk diadakan perjumpaan dengan ibubapa , khususnya menandatangani rekod pencapaian murid.
Ironinya , bagi pandangan guru yang senior di sekolah ini mengatakan rekod kehadiran penjaga amat mendukacitakan. Setiap tahun situasi kehadiran memang tidak memuaskan. Dari penjaga tahun 1 hingga tahun 6. Paling menyedihkan pada bulan Mei yang lepas hanya beberapa kerat sahaja penjaga tahun 6 yang hadir sewaktu perjumpaan ibubapa tahun 6 diadakan
Susulan dari perbincangan tersebut, terdapat beberapa pandangan dan cadangan dari pihak guru. Intisari cadangan tersebut semua terjurus kepada harapan pihak sekolah untuk berjumpa dengan ibubapa dan penjaga murid. Hendak dipendekkan cerita " Bagaimana cara dapat menghimpunkan ibubapa untuk berkongsi maklumat tentang prestasi anak-anak"
Saya terfikir, adakah tindakan ibubapa dan penjaga hanya umpama melepaskan anak-anak ke sekolah dan diselia, dijaga sepenuhnya oleh pihak sekolah? Apakah ibubapa komitmen dengan kerjaya hingga pelajaran anak2 diabaikan? Apakah ibubapa hanya hadir ketika waktu2 berkepentingan sahaja, contohnya sewaktu menerima macam-macam bantuan? Apa-apapun kita seharusnya memikir demi mencari jawapan kerana persoalannya semakin tersimpul.