Friday, June 25, 2010

Pimpinan KGKT SKTA Sesi 2010


Kepimpinan bukanlah merupakan satu subjek yang baru ataupun bersifat eksekutif kepada organisasi tertentu. Semenjak manusia mewujudkan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat atau menjayakan sesuatu impian atau tugasan maka di situ akan muncul pemimpin dan pengikut.
Ramai orang yang mengkagumi pemimpin yang berjaya membawa perubahan dan membela nasib pengikutnya. Pemimpin-pemimpin ini Berjaya member inspirasi kepada pengikut menjadi yang terbaik. Mereka dikagumi kerana keberkesanan mereka mencapai matlamat yang diingini. Pemimpin-pemimpin ini akan menjadi idola kepada pengikutnya. Namun demikian ada juga pemimpin yang dibenci pengikutnya.
Apakah yang terpancar dari fikiran kita bila menyebut perkataan pemimpin atau kepimpinan? Pemimpin tentera berkuasa? Pemimpin sekolah mengharapkan pencapaian gred terbaik? Pemimpin koperat yang menerajui empayarnya? Pemimpin keluarga yang bagaimana hendaknya?Atau pemimpin Kelab guru yang bagaimana? Apa yang jelasnya mereka adalah pemimpin yang perlu melaksanakan fungsi kepimpinanya.
Pemimpin adalah merujuk kepada individu, manakala kepimpinan adalah proses bagaimana pemimpin membawa misi, visi dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Ianya proses yang penuh misteri. Mengapa pemimpin seperti Rasullallah s.a.w boleh menginspirasikan ketaatan dan dedikasi yang tidak terhingga dari umatnya. Bagaiman seperti Julius Caesar, Charlemagne, Alexander The Great dapat membina empayar? Dan mengapa pemimpin seperti Shah Iran, Winston Churhil, Suharto ,Thaksin digulingkan, dan bagaimana Hitler dan Moa Tze Dong muncul dan menduduki tempat yang sangat berkuasa?
Kita sebagai insan biasa adakalanya perlu berfikiran besar, jangan berkepala besar dan besar kepala apabila kita membincangkan isu-isu mengenai kepimpinan dan pemimpin. Kita sebenarnya punyai hak untuk mengetahui, mengamati dan mengadaptasi konsep kepimpinan dalam rutin kehidupan kita.
Kepada pemimpin yang baru dilantik menerajui Kelab Guru dan kakitangan SKTA sesi 2010/2012… tahniah diucapkan.. sambil kita menyelam kita minum air.. sambil kita menduduki terajui kepimpinan kita baca, semak, bincang perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada organisasi kita.. besar harapan.. besar juga impian.
Kamus mengatakan hasrat ( zeal) adalah ‘usaha keras atau kerajinan antusiastik’. Hasrat adalah satu keinginan membara. Hasrat adalah cinta dalam tindakan.
Kata pujangga” Sedikit kegembiraan akan dirasakan sebagai kebahagiaan oleh orang yang dipenuhi hasrat kerja. Tidak ada suatu pun yang menghalang suatu hasrat membara untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup
Orang yang Berjaya mempunyai program ; ia menentukan jalan dan setia mengikut jalan itu; ia membuat rancangan dan memenuhinya; ia menujun sasarannya tanpa menyeleweng. Ia tahu ke mana ia hendak pergi dan ia juga tahu bahawa ia akan sampai ke tempat tujunya itu. Ia mencintai segala perkara yang dilakukan dan ia mencintai perjalanan yang harus ditempohnya. Dirinya diselimuti antusiasma dan dipenuhi oleh semangat. Inilah orang yang Berjaya. Semangat Satu Komuniti Teras Aspirasi

No comments:

Post a Comment