ULWAN
Antara Aku, Engkau dan Dia Satu Catatan Satu Ingatan
Tuesday, September 27, 2011
Saturday, August 28, 2010
PERDEBATAN DAN KONFLIK
Perubahan dalam gerak kerja dan sistem operasi penyampaian, idea, adalah sesuatu yang lumrah. Nafsu dan keinginan berubah memang sudah menjadi tabiat manusia. Perubahan yang bagaimana..? itu menjadi persolannya.
Masalah yang seringkali timbul apabila ada idea yang dilihat tidak sama dengan kehendak peribadi seseorang. Bagi kita yang berkerjaya ( guru ) platform mesyuarat, KMK, sepatutnya dijadikan medan berwacana dalam memberi pandangan ilmiah. Sepatutnya tidak timbul tanggapan kita membawa budaya perpecahan disebabkan perbedaan isu , apatah lagi tohmahan bahawa guru-guru baru menunjuk pandai dan mengancam kedudukan guru-guru yang menggangap dirinya " Kaka" .
Ironiya saya melihat konflik ini satu keberuntungan, jika situasi konflik yang berbudayakan semangat bekerjasama, ia akan menghasilkan pelbagai idea dan kreativti. Dalam situasi ini pemimpin perlu berjiwa besar dalam menghadapinya.
Konflik akan menjadi satu malapetaka jika situasi konflik berbudayakan "zon selesa"dan tidak sudi berubah, dan pemimpin gagal mengawasinya, apatah lagi jika berjiwa halus dan tidak memahami konsep berwacana secara ilmiah.
Labels:
Beri Pandangan,
Berwacana,
Debat,
Konflik,
Kritik,
Pendemokrasian,
zon selesa
Sunday, August 22, 2010
Budaya Berprestasi Tinggi
- Nilai dan prinsip yang diwarwarkan dan diamalkan oleh pemimpin organisasi
- Sikap dan tingkah laku pekerja atau ahli organisasi.
- Polisi dan piawai etika yang diamalkan.
- Tokoh-tokoh yang dinobatkan sebagai wira dalam organisasi tersebut.
- Persekitaran kerja.
- Kisah-kisah yang kerap disebut menangani peristiwa dalam sejarah organisasi. Pada hemat saya.. Budaya organisasi sebenarnya yang menentukan bagaimana organisasi bertindakbalas terhadap persekitaran dalaman dan luaran dalam menentukan kemandiriannya. Tindakbalas terhadap persekitaran luaran dapat dilihat melalui visi, perancangan strategic, strategi utama, objektif dan bagaimana kejayaan akan diukur. Tindakbalas terhadap masalah dalaman pula dapat dilihat melalui asas kepada penentuan kuasa dan status, criteria dan prosedur dalam pembahagian sumber, criteria dalam menentukan keahlian dan cara berfikir biasa kebanyakan ahli organisasi dalam menginterpritasi dan bertindakbalas dalam gerak kuasa yang tidak dapat dikawal dan dijangka dari factor luaran. Kepercayaan yang dibentuk berasaskan isu-isu ini akan menjadi asas kepada jangkaan peranan yang seterusnya menjadi panduan tingkah laku ahli organisasi.
“ Ini semua akan terjalin dan tertanam dalam cara organisasi melaksanakan urusannya dan cara ini dikongsi dan dipraktikkan oleh semua anggota organisasi. Ahli baru yang menyertai organisasi digalakkan mengamalkan perkara yang sama. Oleh kerana kebanyakan perkara dipelajari melalui pengalaman , maka ini akan menjadi andaian-andaian yang dikongsi bersama oleh semua anggota organisasi merentasi masa. Bila ia berpanjangan, andaian-andaian ini akan berakar umbi dan akan menjadi sebahagian ( atau satu komponen) budaya yang dipraktikan secara tidak sedar. Banyak komponen budaya yang dikaitkan dengan kenyataan ( statement), nilai, falsafah atau polisi-polisi yang diartikulasikan oleh pengasas atau pemimpin terkemuka yang lain dalam sejarah organisasi.”
Ketika menjadi Pengerusi Kelab Guru dan kakitangan di SKSB saya pernah menyarankan agar rakan guru yang senior mewujudkan satu pasukan independent (PR) dalam menyampaikan maklumat nilai dan budaya sekolah ini. Tugas menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli baru dirasakan amat perlu agar matlamat organisasi serta iklim budaya sekolah dapat dipelihara.
Friday, August 20, 2010
Impian Semangat dan Jihad
![]() |
| Impian yang tak kesampaian |
Kita mempunyai idea yang jelas dengan apa yang kita perjuangan.Tidak setakat memiliki segulung sijil, diploma ijazah....keinginan yang tinggi dan punya tahap kesedaran yang jitu terhadap semangat cintakan agama bangsa dan negara, membuatkan kita rasa tidak keruan selagimana hasrat dan impian itu tidak dapat dicapai. tidak keterlaluan jika saya mengatakan tiada gunanya puluhan sijil, diploma dan ijazah jika ia hanya terperap dan digantung dirumah , kemudian ia hanya menjadi kebanggaan. Sedangkan jiwa dan roh ilmu terpendam dalam jiwa tiada rasa supaya ilmu itu hidup dalam diri dan bergerak maju dalam arus perdana.العلم بلا عمل كالشجرة بلا ثمر Terlalu banyak impian dan harapan para pejuang dan mujtahid yang dinukilkan dalam karangan mereka, terlalu kecil rasanya diri ini jika dibandingkan dengan semangat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa.. Kita mungkin mengenali Hasan al-Banna, Said Ramadhan. Syaid Qutb, yusof Qardhawi dan ramai lagi.
Yusof Qarhawi dalam bukunya " Dimana Punca Kelemahan Umat Islam " memakukan diri saya dalam meneruskan pembacaan. Terasa benar apa yang diperkatakan itu terlalu dekat dengan perkembangan diri kita.Kita dianugerahkan dengan banyak kekuatan, tetapi kekuatan itu kita sia-siakan. Kita tidak meletakkan diri kita di posisi yang disebutkan oleh Allah Taala, sebagai umat pilihan, umat pertengahan, kini kita sia-siakan pengiktirafan itu. Disebutkan juga kita memiliki kekuatan spiritual, ekonomi, umat yang ramai, dan sebagainya tetapi tetap juga tidak dimanafaatkan...tidak sanggup rasanya membiarkan situasi itu terus berlaku dan terus menjadi duri dalam daging.... Aku ingatkan diriku ini dan sesiapa sahaja yang membaca halaman ini.... cari dan bacalah buku ini..
Monday, August 2, 2010
MEMBINA KERJA BERPASUKAN
Dalam konteks kerja di era globalisasi yang serba mencabaf dan kompleks, pihak organisasi mula memberikan tumpuan kepada bentuk-bentuk kerja yang dapat dilakukan secara kumpulan atau pasukan. Antara kelebihan yang paling ketara ialah corak dan sistem bekerja sebagai satu pasukan/kumpulan boleh menstabilkan keedudukan organisasi. Tambahan kepada kelebihan itu, individu terpilih dalam pasukan/kumpulan mempunyai ruang untuk meningkatkan mutu dan prestasi corak kerjanya disebabkan pengaruh positif dari rakan-rakan sepasukan.
Bekerja dalam satu kumpulan mampu memupuk budaya bekerjasama dan mendorong setiap ahli kumpulan mengamalkan budaya persefahaman yang tinggi. Namun terdapat sedikit perbezaan maksud di antara ‘ kumpulan’ dan ‘pasukan’. Kumpulan dimaksudkan sebagai’ dua individu atau lebih yang berinteraksi untuk menjalankan tugas atau aktiviti tertentui bagi mencapai matlamat yang sama’. Sementara pasukan sebagai’ kumpulan yang matang (professional) dengan para ahli saling bergantung antara satu sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama
Bekerja dalam satu kumpulan mampu memupuk budaya bekerjasama dan mendorong setiap ahli kumpulan mengamalkan budaya persefahaman yang tinggi. Namun terdapat sedikit perbezaan maksud di antara ‘ kumpulan’ dan ‘pasukan’. Kumpulan dimaksudkan sebagai’ dua individu atau lebih yang berinteraksi untuk menjalankan tugas atau aktiviti tertentui bagi mencapai matlamat yang sama’. Sementara pasukan sebagai’ kumpulan yang matang (professional) dengan para ahli saling bergantung antara satu sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama
Sesuatu yang terbaik
USAHA YANG DIMULAI DENGAN BAIK TIDAK BOLEH DITINGGALKAN HINGGA TERCAPAI SEGALA KEMUNGKINAN…SHAKESPEARE
Kebanyakan orang gagal dalam rancangan mereka untuk ‘menghancurkan jambatan dibelakang mereka’ sehingga tidak ada kemungkinan bagi mereka untuk undur dan menyerah. Dengan semangat kita merencanakan untuk kejayaan, namun jauh dari suatu sudut kita juga sedar gelora dan gelombang pasti ada menanti dihadapan, adakah kita kan mengambil langkah undur ataupun menyerah.
Kata pujangga “ Tidak ada seseorang pun yang boleh mengeluarkan kemampuan terbaik dalam dirinya, kalau dalam fikirannya tetap ada fikiran untuk berundur apabila diperlukan.” Apabila sesuatu langkah diambil, seharusnya tidak ada jalan berundur. Suatu kehendak untuk menang yang tidak kenal istilah undur adalah jenis kehendak yang akan berhasil.
Apabila kita mempunyai rancangan yang mantap hasil dari musyawarah dan iltizam laksana mujaddid, tujuan utama ditentukan dengan tegas, maka hendaklah kita bersikap tegas dan bergerak deras menuju sasaran. Bakarlah jambatan dibelakang kita dan maralah. Jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Pertahankan pandangan kita pada sasaran dan terus bergerak maju. Kalau kita nampak banyak penghalang dihadapan, singkirkan habis-habisan. Selangkah demi selangkah kita tundukkan bahagian-bahagian halangan itu, atau bila diperlukan ambillah jalan memusing. Namun, hal yang penting untuk diingati adalah, tetap bertahan dan teruskan perjuangan.
Tuesday, July 13, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)



