Monday, August 2, 2010

MEMBINA KERJA BERPASUKAN

Dalam konteks kerja di era globalisasi yang serba mencabaf dan kompleks, pihak organisasi mula memberikan tumpuan kepada bentuk-bentuk kerja yang dapat dilakukan secara kumpulan atau pasukan. Antara kelebihan yang paling ketara ialah corak dan sistem bekerja sebagai satu pasukan/kumpulan boleh menstabilkan keedudukan organisasi. Tambahan kepada kelebihan itu, individu terpilih dalam pasukan/kumpulan mempunyai ruang untuk meningkatkan mutu dan prestasi corak kerjanya disebabkan pengaruh positif dari rakan-rakan sepasukan.
Bekerja dalam satu kumpulan mampu memupuk budaya bekerjasama dan mendorong setiap ahli kumpulan mengamalkan budaya persefahaman yang tinggi. Namun terdapat sedikit perbezaan maksud di antara ‘ kumpulan’ dan ‘pasukan’. Kumpulan dimaksudkan sebagai’ dua individu atau lebih yang berinteraksi untuk menjalankan tugas atau aktiviti tertentui bagi mencapai matlamat yang sama’. Sementara pasukan sebagai’ kumpulan yang matang (professional) dengan para ahli saling bergantung antara satu sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama

No comments:

Post a Comment