Sunday, August 22, 2010

Budaya Berprestasi Tinggi

Budaya telah didefinasikan sebagai satu set nilai utama, andaian, pemahaman dan cara pemikiran yang dikongsi bersama oleh semua ahli dalam sesuatu kelompok atau organisasi dan ianya diajar dan diturunkan kepada ahli-ahli baru yang menyertai organisasi tersebut. Setiap organisasi mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Keunikan ini dibentuk oleh kepercayaan dan falsafah bagaimana organisasi tersebut menangani masalah dan membuat keputusan. Budaya organisasi sebenarnya terpancar melalui berbagai cara. Antaranya adalah seperti berikut: 
  1. Nilai dan prinsip yang diwarwarkan dan diamalkan oleh pemimpin organisasi
  2.  Sikap dan tingkah laku pekerja atau ahli organisasi.
  3.  Polisi dan piawai etika yang diamalkan.
  4.  Tokoh-tokoh yang dinobatkan sebagai wira dalam organisasi tersebut.
  5.  Persekitaran kerja.
  6.  Kisah-kisah yang kerap disebut menangani peristiwa dalam sejarah organisasi.                                           Pada hemat saya.. Budaya organisasi sebenarnya yang menentukan bagaimana organisasi bertindakbalas terhadap persekitaran dalaman dan luaran dalam menentukan kemandiriannya. Tindakbalas terhadap persekitaran luaran dapat dilihat melalui visi, perancangan strategic, strategi utama, objektif dan bagaimana kejayaan akan diukur. Tindakbalas terhadap masalah dalaman pula dapat dilihat melalui asas kepada penentuan kuasa dan status, criteria dan prosedur dalam pembahagian sumber, criteria dalam menentukan keahlian dan cara berfikir biasa kebanyakan ahli organisasi dalam menginterpritasi dan bertindakbalas dalam gerak kuasa yang tidak dapat dikawal dan dijangka dari factor luaran. Kepercayaan yang dibentuk berasaskan isu-isu ini akan menjadi asas kepada jangkaan peranan yang seterusnya menjadi panduan tingkah laku ahli organisasi.

“ Ini semua akan terjalin dan tertanam dalam cara organisasi melaksanakan urusannya dan cara ini dikongsi dan dipraktikkan oleh semua anggota organisasi. Ahli baru yang menyertai organisasi digalakkan mengamalkan perkara yang sama. Oleh kerana kebanyakan perkara dipelajari melalui pengalaman , maka ini akan menjadi andaian-andaian yang dikongsi bersama oleh semua anggota organisasi merentasi masa. Bila ia berpanjangan, andaian-andaian ini akan berakar umbi dan akan menjadi sebahagian ( atau satu komponen) budaya yang dipraktikan secara tidak sedar. Banyak komponen budaya yang dikaitkan dengan kenyataan ( statement), nilai, falsafah atau polisi-polisi yang diartikulasikan oleh pengasas atau pemimpin terkemuka yang lain dalam sejarah organisasi.”
Ketika menjadi Pengerusi Kelab Guru dan kakitangan di SKSB saya pernah menyarankan agar rakan guru yang senior mewujudkan satu pasukan independent (PR) dalam menyampaikan maklumat   nilai dan budaya sekolah ini. Tugas menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli baru dirasakan amat perlu agar matlamat organisasi  serta iklim budaya sekolah dapat dipelihara.
Bila wujudnya padanan antara budaya organisasi dengan keperluan persekitaran luaran dan strategi, pekerja biasanya akan lebih mudah untuk melaksanakan strategi yang digariskan dengan berjaya. Budaya yang berasaskan nilai, amalan dan norma-norma tingkah laku yang berpadanan dengan pelaksanaan strategic yang baik akan membantu pekerja menjalankan kerja dengan berkesan. Sebagai contoh, strategi yang mementingkan inovasi dalam P&P dan menjadi peneroka kepada teknologi baru ( ICT) akan subur dalam budaya dimana kreativiti, pengambilan risiko, menerima perubahan dan mencabar status quo merupakan tema popular. Bila budaya organisasi tidak sejajar dengan dengan apa yang dikehendaki untuk menjayakan strategi pelaksanaan yang berjaya, ia akan mewujudkan kelompongan strategi budaya. Kelompong ini perlu ditutup dengan segera dengan cara menukar strategi yang padan dengan budaya atau menukar budaya yang berpadanan dengan strategi. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa budaya yang berpadanan dengan strategi merupakan resepi terbaik dalam menjamin pelaksanaan strategi yang berjaya.

No comments:

Post a Comment