Saturday, August 28, 2010

PERDEBATAN DAN KONFLIK



Situasi berbeza pandangan, sama ada dalam isu-isu dasar atau persoalan semasa, tidak sewajarnya menimbulkan kerisauan atau kegusaran, malah ia petanda proses pendemokrasian menuju ke arah kematangan. 

Proses memberi pandangan, saling mengkritik, berwacana, perdebatan dan konflik tanpa kekerasan harus dianggap sebagai normal dan itulah hakikat demokrasi. Penyertaan kita dalam hal-hal  yang bersangkutan dengan maklumat asas dan dasar sesuatu perkara sebenarnya ia suatu keberuntungan. Mana tidaknya, apa yang diluahkan melalui kesedaran, keinsafan dan keyakinan ia merupakan satu kebaikan kepada kita juga.

Perubahan dalam gerak kerja dan sistem operasi penyampaian, idea, adalah sesuatu yang lumrah. Nafsu dan keinginan berubah memang sudah menjadi tabiat manusia. Perubahan yang bagaimana..? itu menjadi persolannya. 

Masalah yang seringkali timbul apabila ada idea yang dilihat tidak sama dengan kehendak peribadi seseorang. Bagi kita yang berkerjaya ( guru ) platform mesyuarat, KMK,  sepatutnya dijadikan medan berwacana dalam memberi pandangan ilmiah. Sepatutnya tidak timbul tanggapan kita  membawa budaya perpecahan  disebabkan perbedaan isu , apatah lagi tohmahan bahawa guru-guru baru menunjuk pandai dan mengancam kedudukan guru-guru yang menggangap dirinya "  Kaka" .

Ironiya saya melihat konflik ini satu keberuntungan, jika situasi konflik yang berbudayakan semangat bekerjasama, ia akan menghasilkan pelbagai idea dan kreativti. Dalam situasi ini pemimpin perlu berjiwa besar dalam menghadapinya. 

Konflik akan menjadi satu malapetaka jika situasi konflik berbudayakan "zon selesa"dan tidak sudi berubah, dan pemimpin gagal mengawasinya, apatah lagi jika berjiwa halus dan tidak memahami konsep berwacana secara ilmiah.  


No comments:

Post a Comment