Situasi berbeza pandangan, sama ada dalam isu-isu dasar atau persoalan semasa, tidak sewajarnya menimbulkan kerisauan atau kegusaran, malah ia petanda proses pendemokrasian menuju ke arah kematangan.
Proses memberi pandangan, saling mengkritik, berwacana, perdebatan dan konflik tanpa kekerasan harus dianggap sebagai normal dan itulah hakikat demokrasi. Penyertaan kita dalam hal-hal yang bersangkutan dengan maklumat asas dan dasar sesuatu perkara sebenarnya ia suatu keberuntungan. Mana tidaknya, apa yang diluahkan melalui kesedaran, keinsafan dan keyakinan ia merupakan satu kebaikan kepada kita juga.
Perubahan dalam gerak kerja dan sistem operasi penyampaian, idea, adalah sesuatu yang lumrah. Nafsu dan keinginan berubah memang sudah menjadi tabiat manusia. Perubahan yang bagaimana..? itu menjadi persolannya.
Masalah yang seringkali timbul apabila ada idea yang dilihat tidak sama dengan kehendak peribadi seseorang. Bagi kita yang berkerjaya ( guru ) platform mesyuarat, KMK, sepatutnya dijadikan medan berwacana dalam memberi pandangan ilmiah. Sepatutnya tidak timbul tanggapan kita membawa budaya perpecahan disebabkan perbedaan isu , apatah lagi tohmahan bahawa guru-guru baru menunjuk pandai dan mengancam kedudukan guru-guru yang menggangap dirinya " Kaka" .
Ironiya saya melihat konflik ini satu keberuntungan, jika situasi konflik yang berbudayakan semangat bekerjasama, ia akan menghasilkan pelbagai idea dan kreativti. Dalam situasi ini pemimpin perlu berjiwa besar dalam menghadapinya.
Konflik akan menjadi satu malapetaka jika situasi konflik berbudayakan "zon selesa"dan tidak sudi berubah, dan pemimpin gagal mengawasinya, apatah lagi jika berjiwa halus dan tidak memahami konsep berwacana secara ilmiah.
Budaya telah didefinasikan sebagai satu set nilai utama, andaian, pemahaman dan cara pemikiran yang dikongsi bersama oleh semua ahli dalam sesuatu kelompok atau organisasi dan ianya diajar dan diturunkan kepada ahli-ahli baru yang menyertai organisasi tersebut. Setiap organisasi mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Keunikan ini dibentuk oleh kepercayaan dan falsafah bagaimana organisasi tersebut menangani masalah dan membuat keputusan. Budaya organisasi sebenarnya terpancar melalui berbagai cara. Antaranya adalah seperti berikut:
Nilai dan prinsip yang diwarwarkan dan diamalkan oleh pemimpin organisasi
Sikap dan tingkah laku pekerja atau ahli organisasi.
Polisi dan piawai etika yang diamalkan.
Tokoh-tokoh yang dinobatkan sebagai wira dalam organisasi tersebut.
Persekitaran kerja.
Kisah-kisah yang kerap disebut menangani peristiwa dalam sejarah organisasi. Pada hemat saya.. Budaya organisasi sebenarnya yang menentukan bagaimana organisasi bertindakbalas terhadap persekitaran dalaman dan luaran dalam menentukan kemandiriannya. Tindakbalas terhadap persekitaran luaran dapat dilihat melalui visi, perancangan strategic, strategi utama, objektif dan bagaimana kejayaan akan diukur. Tindakbalas terhadap masalah dalaman pula dapat dilihat melalui asas kepada penentuan kuasa dan status, criteria dan prosedur dalam pembahagian sumber, criteria dalam menentukan keahlian dan cara berfikir biasa kebanyakan ahli organisasi dalam menginterpritasi dan bertindakbalas dalam gerak kuasa yang tidak dapat dikawal dan dijangka dari factor luaran. Kepercayaan yang dibentuk berasaskan isu-isu ini akan menjadi asas kepada jangkaan peranan yang seterusnya menjadi panduan tingkah laku ahli organisasi.
“ Ini semua akan terjalin dan tertanam dalam cara organisasi melaksanakan urusannya dan cara ini dikongsi dan dipraktikkan oleh semua anggota organisasi. Ahli baru yang menyertai organisasi digalakkan mengamalkan perkara yang sama. Oleh kerana kebanyakan perkara dipelajari melalui pengalaman , maka ini akan menjadi andaian-andaian yang dikongsi bersama oleh semua anggota organisasi merentasi masa. Bila ia berpanjangan, andaian-andaian ini akan berakar umbi dan akan menjadi sebahagian ( atau satu komponen) budaya yang dipraktikan secara tidak sedar. Banyak komponen budaya yang dikaitkan dengan kenyataan ( statement), nilai, falsafah atau polisi-polisi yang diartikulasikan oleh pengasas atau pemimpin terkemuka yang lain dalam sejarah organisasi.”
Ketika menjadi Pengerusi Kelab Guru dan kakitangan di SKSB saya pernah menyarankan agar rakan guru yang senior mewujudkan satu pasukan independent (PR) dalam menyampaikan maklumat nilai dan budaya sekolah ini. Tugas menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli baru dirasakan amat perlu agar matlamat organisasi serta iklim budaya sekolah dapat dipelihara.
Bila wujudnya padanan antara budaya organisasi dengan keperluan persekitaran luaran dan strategi, pekerja biasanya akan lebih mudah untuk melaksanakan strategi yang digariskan dengan berjaya. Budaya yang berasaskan nilai, amalan dan norma-norma tingkah laku yang berpadanan dengan pelaksanaan strategic yang baik akan membantu pekerja menjalankan kerja dengan berkesan. Sebagai contoh, strategi yang mementingkan inovasi dalam P&P dan menjadi peneroka kepada teknologi baru ( ICT) akan subur dalam budaya dimana kreativiti, pengambilan risiko, menerima perubahan dan mencabar status quo merupakan tema popular.Bila budaya organisasi tidak sejajar dengan dengan apa yang dikehendaki untuk menjayakan strategi pelaksanaan yang berjaya, ia akan mewujudkan kelompongan strategi budaya. Kelompong ini perlu ditutup dengan segera dengan cara menukar strategi yang padan dengan budaya atau menukar budaya yang berpadanan dengan strategi. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa budaya yang berpadanan dengan strategi merupakan resepi terbaik dalam menjamin pelaksanaan strategi yang berjaya.
Kita mempunyai idea yang jelas dengan apa yang kita perjuangan.Tidak setakat memiliki segulung sijil, diploma ijazah....keinginan yang tinggi dan punya tahap kesedaran yang jitu terhadap semangat cintakan agama bangsa dan negara, membuatkan kita rasa tidak keruan selagimana hasrat dan impian itu tidak dapat dicapai. tidak keterlaluan jika saya mengatakan tiada gunanya puluhan sijil, diploma dan ijazah jika ia hanya terperap dan digantung dirumah , kemudian ia hanya menjadi kebanggaan. Sedangkan jiwa dan roh ilmu terpendam dalam jiwa tiada rasa supaya ilmu itu hidup dalam diri dan bergerak maju dalam arus perdana.العلم بلا عمل كالشجرة بلا ثمر Terlalu banyak impian dan harapan para pejuang dan mujtahid yang dinukilkan dalam karangan mereka, terlalu kecil rasanya diri ini jika dibandingkan dengan semangat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa.. Kita mungkin mengenali Hasan al-Banna, Said Ramadhan. Syaid Qutb, yusof Qardhawi dan ramai lagi. Yusof Qarhawi dalam bukunya " Dimana Punca Kelemahan Umat Islam " memakukan diri saya dalam meneruskan pembacaan. Terasa benar apa yang diperkatakan itu terlalu dekat dengan perkembangan diri kita.Kita dianugerahkan dengan banyak kekuatan, tetapi kekuatan itu kita sia-siakan. Kita tidak meletakkan diri kita di posisi yang disebutkan oleh Allah Taala, sebagai umat pilihan, umat pertengahan, kini kita sia-siakan pengiktirafan itu. Disebutkan juga kita memiliki kekuatan spiritual, ekonomi, umat yang ramai, dan sebagainya tetapi tetap juga tidak dimanafaatkan...tidak sanggup rasanya membiarkan situasi itu terus berlaku dan terus menjadi duri dalam daging.... Aku ingatkan diriku ini dan sesiapa sahaja yang membaca halaman ini.... cari dan bacalah buku ini..
Dalam konteks kerja di era globalisasi yang serba mencabaf dan kompleks, pihak organisasi mula memberikan tumpuan kepada bentuk-bentuk kerja yang dapat dilakukan secara kumpulan atau pasukan. Antara kelebihan yang paling ketara ialah corak dan sistem bekerja sebagai satu pasukan/kumpulan boleh menstabilkan keedudukan organisasi. Tambahan kepada kelebihan itu, individu terpilih dalam pasukan/kumpulan mempunyai ruang untuk meningkatkan mutu dan prestasi corak kerjanya disebabkan pengaruh positif dari rakan-rakan sepasukan. Bekerja dalam satu kumpulan mampu memupuk budaya bekerjasama dan mendorong setiap ahli kumpulan mengamalkan budaya persefahaman yang tinggi. Namun terdapat sedikit perbezaan maksud di antara ‘ kumpulan’ dan ‘pasukan’. Kumpulan dimaksudkan sebagai’ dua individu atau lebih yang berinteraksi untuk menjalankan tugas atau aktiviti tertentui bagi mencapai matlamat yang sama’. Sementara pasukan sebagai’ kumpulan yang matang (professional) dengan para ahli saling bergantung antara satu sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama lain serta komited untuk mencapai satu matlamat yang sama
USAHA YANG DIMULAI DENGAN BAIK TIDAK BOLEH DITINGGALKAN HINGGA TERCAPAI SEGALA KEMUNGKINAN…SHAKESPEARE
Kebanyakan orang gagal dalam rancangan mereka untuk ‘menghancurkan jambatan dibelakang mereka’ sehingga tidak ada kemungkinan bagi mereka untuk undur dan menyerah. Dengan semangat kita merencanakan untuk kejayaan, namun jauh dari suatu sudut kita juga sedar gelora dan gelombang pasti ada menanti dihadapan, adakah kita kan mengambil langkah undur ataupun menyerah.
Kata pujangga “ Tidak ada seseorang pun yang boleh mengeluarkan kemampuan terbaik dalam dirinya, kalau dalam fikirannya tetap ada fikiran untuk berundur apabila diperlukan.” Apabila sesuatu langkah diambil, seharusnya tidak ada jalan berundur. Suatu kehendak untuk menang yang tidak kenal istilah undur adalah jenis kehendak yang akan berhasil.
Apabila kita mempunyai rancangan yang mantap hasil dari musyawarah dan iltizam laksana mujaddid, tujuan utama ditentukan dengan tegas, maka hendaklah kita bersikap tegas dan bergerak deras menuju sasaran. Bakarlah jambatan dibelakang kita dan maralah. Jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Pertahankan pandangan kita pada sasaran dan terus bergerak maju. Kalau kita nampak banyak penghalang dihadapan, singkirkan habis-habisan. Selangkah demi selangkah kita tundukkan bahagian-bahagian halangan itu, atau bila diperlukan ambillah jalan memusing. Namun, hal yang penting untuk diingati adalah, tetap bertahan dan teruskan perjuangan.
28 Julai , 1.45 petang.. perjumpaan guru-guru tahun 6. dbriefing peperiksaan setengah tahun. Masalah yang hampir sama.. persoalan yang jawapannye memang sudah dijangka. penguasaan pelajar dalam Keramat 3M ( membaca, mengira dan menulis ) akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.. itu hakikatnya. begitu juga kemampuan pelajar menguasai bacaan al-quran akan dapat diukur dengan kemampuan mereka menghafal modul PAFA. Pencapaian kali ini sedikit membimbangkan seluruh warga sekolah..usaha meletakkan pencapaian sekurang-kurang 84% pencapaian sekolah hanya ...entahlah.
Kali ini, dengan strategi dan tekad yang bersungguh2 dari kalangan guru tahun 6 dan seluruh warga pendidik SKTA bergabung idea, tenaga memastikan pencapaian dapat dicapai.. sekurang-kurang kami tidak mengalah dengan tekanan yang bakal dihadapi.. cuma lagi kami meminta persefahaman dan doa dari ibu bapa warga komuniti agar mendoakan kami berusaha sehingga titisan kudrat yang terakhir..
Kepimpinan bukanlah merupakan satu subjek yang baru ataupun bersifat eksekutif kepada organisasi tertentu. Semenjak manusia mewujudkan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat atau menjayakan sesuatu impian atau tugasan maka di situ akan muncul pemimpin dan pengikut.
Ramai orang yang mengkagumi pemimpin yang berjaya membawa perubahan dan membela nasib pengikutnya. Pemimpin-pemimpin ini Berjaya member inspirasi kepada pengikut menjadi yang terbaik. Mereka dikagumi kerana keberkesanan mereka mencapai matlamat yang diingini. Pemimpin-pemimpin ini akan menjadi idola kepada pengikutnya. Namun demikian ada juga pemimpin yang dibenci pengikutnya.
Apakah yang terpancar dari fikiran kita bila menyebut perkataan pemimpin atau kepimpinan? Pemimpin tentera berkuasa? Pemimpin sekolah mengharapkan pencapaian gred terbaik? Pemimpin koperat yang menerajui empayarnya? Pemimpin keluarga yang bagaimana hendaknya?Atau pemimpin Kelab guru yang bagaimana? Apa yang jelasnya mereka adalah pemimpin yang perlu melaksanakan fungsi kepimpinanya.
Pemimpin adalah merujuk kepada individu, manakala kepimpinan adalah proses bagaimana pemimpin membawa misi, visi dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Ianya proses yang penuh misteri. Mengapa pemimpin seperti Rasullallah s.a.w boleh menginspirasikan ketaatan dan dedikasi yang tidak terhingga dari umatnya. Bagaiman seperti Julius Caesar, Charlemagne, Alexander The Great dapat membina empayar? Dan mengapa pemimpin seperti Shah Iran, Winston Churhil, Suharto ,Thaksin digulingkan, dan bagaimana Hitler dan Moa Tze Dong muncul dan menduduki tempat yang sangat berkuasa?
Kita sebagai insan biasa adakalanya perlu berfikiran besar, jangan berkepala besar dan besar kepala apabila kita membincangkan isu-isu mengenai kepimpinan dan pemimpin. Kita sebenarnya punyai hak untuk mengetahui, mengamati dan mengadaptasi konsep kepimpinan dalam rutin kehidupan kita.
Kepada pemimpin yang baru dilantik menerajui Kelab Guru dan kakitangan SKTA sesi 2010/2012… tahniah diucapkan.. sambil kita menyelam kita minum air.. sambil kita menduduki terajui kepimpinan kita baca, semak, bincang perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada organisasi kita.. besar harapan.. besar juga impian.
Kamus mengatakan hasrat ( zeal) adalah ‘usaha keras atau kerajinan antusiastik’. Hasrat adalah satu keinginan membara. Hasrat adalah cinta dalam tindakan.
Kata pujangga” Sedikit kegembiraan akan dirasakan sebagai kebahagiaan oleh orang yang dipenuhi hasrat kerja. Tidak ada suatu pun yang menghalang suatu hasrat membara untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup”
Orang yang Berjaya mempunyai program ; ia menentukan jalan dan setia mengikut jalan itu; ia membuat rancangan dan memenuhinya; ia menujun sasarannya tanpa menyeleweng. Ia tahu ke mana ia hendak pergi dan ia juga tahu bahawa ia akan sampai ke tempat tujunya itu. Ia mencintai segala perkara yang dilakukan dan ia mencintai perjalanan yang harus ditempohnya. Dirinya diselimuti antusiasma dan dipenuhi oleh semangat. Inilah orang yang Berjaya. Semangat Satu Komuniti Teras Aspirasi
1.15 tgh. KMK sesi pertama selepas cuti sekolah selama 2 minggu. 2 isu yang diketengahkan oleh pihak pentadbir, (1) berkenaan perjumpaan ibu bapa bagi menandatangani rekod profile murid setelah peperiksaan setengah tahun , (2) mengenai cadangan mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan bagi perlantikan AJK sesi 2010.
Dalam ruangan yang terhad dan terbatas ini, saya tertarik dengan perbincangan isu yang pertama iaitu mengenai cadangan tarikh dan masa yang sesuai untuk diadakan perjumpaan dengan ibubapa , khususnya menandatangani rekod pencapaian murid.
Ironinya , bagi pandangan guru yang senior di sekolah ini mengatakan rekod kehadiran penjaga amat mendukacitakan. Setiap tahun situasi kehadiran memang tidak memuaskan. Dari penjaga tahun 1 hingga tahun 6. Paling menyedihkan pada bulan Mei yang lepas hanya beberapa kerat sahaja penjaga tahun 6 yang hadir sewaktu perjumpaan ibubapa tahun 6 diadakan
Susulan dari perbincangan tersebut, terdapat beberapa pandangan dan cadangan dari pihak guru. Intisari cadangan tersebut semua terjurus kepada harapan pihak sekolah untuk berjumpa dengan ibubapa dan penjaga murid. Hendak dipendekkan cerita " Bagaimana cara dapat menghimpunkan ibubapa untuk berkongsi maklumat tentang prestasi anak-anak"
Saya terfikir, adakah tindakan ibubapa dan penjaga hanya umpama melepaskan anak-anak ke sekolah dan diselia, dijaga sepenuhnya oleh pihak sekolah? Apakah ibubapa komitmen dengan kerjaya hingga pelajaran anak2 diabaikan? Apakah ibubapa hanya hadir ketika waktu2 berkepentingan sahaja, contohnya sewaktu menerima macam-macam bantuan? Apa-apapun kita seharusnya memikir demi mencari jawapan kerana persoalannya semakin tersimpul.
Lebih Introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.
Keras keinginan dan komited dengan pengorbanan
Komited mencari apa yang dikehendaki.
Melihat apa yang semua orang boleh nampak, dan memikir apa yang belum orang fikir.
Tidak gelisah.
Rela menerima hidup dan berasaha
Tekun dan komitmen
Organisasi yang mantap? Menurut Tom Peter dua ciri seolah-olah bertentangan: o Ada kegiatan rutin yang mantap o Ada usaha kuat untuk cipta perubahan
Friday, February 19, 2010
APABILA ENGKAU SANGGUP MENAHAN HATIMU, MELIHAT PENDIRIAN YANG ENGKAU PERJUANGKAN DAN PERUBAHAN YANG ENGKAU KEHENDAKI TIDAK DIPERHATIKAN ORANG
Wednesday, February 17, 2010
APABILA ENGKAU SANGGUP MENGEKANG NAFSUMU, TATKALA MANUSIA SEMUA TERTARIK OLEH SYAHWATNYA,APABILA ENGKAU MASIH PERCAYA KEPADA DIRIMU SENDIRI,PADA MASA SEMUA ORANG TELAH RAGU
APABILA ENGKAU SANGGUP MENGATASI HIDUP,TIDAK TERLONJAK GEMBIRA BILA IA DATANG, DAN TIDAK TERLALU SEDIH BILA IA PERGI. TIDAK SUKACITA TATKALA TERTAWA DAN TIDAK BERDUKA KETIKA MENANGIS
APABILA ENGKAU SANGGUP MENAHAN PUKULAN, MELIHAT NASIHAT YANG BERHARGA DAN KEIKHLASAN HATI DIAMBIL MENJADI SENJATA ENGKAU MEMILIKI SEMANGAT HATI WAJA, GELOMBANG DITATANG MENJADI TENANG
APABILA ENGKAU SANGGUP MENGAMBIL KEPASTIAN DENGAN TIDAK DIPENGARUHI OLEH ANGAN-ANGAN KAMU DAPAT MENGENDALIKAN FIKIRAN
APABILA ENGKAU SANGGUP MENGHIASI WAJAHMU DENGAN KESABARAN DAN MENUNGGU DENGAN TENANG.PELBAGAI TUDUHAN DITIMPA KEPADAMU